MATTA Fair dibanjiri pengunjung sejak pagi
- Details
- Published on Monday, 18 March 2019 15:26
- Hits: 1344
Utusan Online • ASR: RM10,237.90
KUALA LUMPUR 15 Mac - Ribuan pengunjung membanjiri Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pameran anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia itu dibuka bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam dengan pelbagai acara dan tawaran menarik untuk direbut.
Ekoran kesesakan lalu lintas di kawasan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif untuk lebih selesa dan menjmatkan.
Lebih menarik, pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) turut berpeluang menerima baucar tiket perjalanan percuma oleh penganjur.
Rata-rata pengunjung yang ditemui berkata, pakej percutian yang ditawarkan pada pameran kali ini jauh lebih murah berbanding jualan melalui dalam talian malah masih boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik.
Lebih 268 syarikat pelancongan menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara dengan bayaran masuk RM4 untuk dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. - UTUSAN ONLINE