Main content

Pikat lebih ramai pelancong ke Sabah

Harian Metro • ASR: MYR 7,327.00

Kuala Lumpur: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yakin untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu dan menyasarkan transaksi jualan RM1.5 juta menerusi pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Timbalan Pengurus Besar Bahagian Khidmat Sokongan STB, Noredah Othman berkata, ketika MATTA Fair pada Mac 2018, pihaknya merekodkan jualan kira-kira RM1 juta.

Katanya, secara keseluruhan tahun lalu STB mencatatkan kemasukan 3.87 juta pelancong yang tiba ke Sabah, meningkat 5.3 peratus daripada tahun sebelumnya.