Main content

Usahawan menang hadiah utama MATTA Fair 2018

Berita Harian, Malaysia • Nasional

 

 

Kuala Lumpur : Ushawan dala, talian Muna Najib Rafee, dari Petaling Jaya, Selangor, memenangi hadiah utama cabutan bertuah MATTA Fair Mac 2018 di sini, semalam.

Muna, 43,memenangi tiket kelas ekonomi Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London untuk kategori cabutan bertuah antara bangsa manakala Chan Choon Seng 30, membawa pulang baucar pelancongan bernilai RM5,000 kategori domestik.

Muna berbelanja RM600 bagi membeli pakej pas perjalanan ke Jepun sebelum dibernarkan menyertai cabutan bertuah kategori antarabangasa.

"Kemenangan hari ini (semalam) adalah rezeki kerana selepas ke Jepun saya akan menantikan hadiah utama ini sejurus mendapat tahu nama saya tersenarai antara 28 peratus,"katanya.

Bagi Choon seng, baucar pelancongan itu akan digunakan untuk percutiannya bersama isteri dan mereka memilih Melaka Sebagai destinasi. 

Selain itu, 26 pemenang lain kategori antarabangasa masing-masing membawa pulang hadiah, antaranya tiket kelas ekonomi syarikat penerbangan merangkumi Emirates, Vietnam airlines, Cathay Pacific, Cabu Air Pacific, Turkish Airlines, Qatar Airways, Garuda Indonesia, Air FranceKLM Royal Dutch Airlines, Royal Brunei airlines, Thai Airways dan Vietjet selain baucar kad kredit RM1,000.

13 pemenang kategori domestik

Sementara itu, 13 pemenang kategori domestik masing-masing membawa pulang hadiah baucar pelancongan RM3,000 dan RM1,000 tiket penerbang Firefly serta penginapan di pusat peranginan Awani Sepang Goldcost Resort dan Bukit Gambang Resort City.

Hadiah disampaikan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaran Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang dan wakil penaja.

Sebanyak 26,047 pentertaan untuk kategori domestik dan 158,751 ketegori antarabangsa, membabitkan perbelanjaan RM53.6 juta.