Main content

MATTA FAIR 2018

Wartadaily (wartadaily.com.my)

 

 

KUALA LUMPUR, MAC 17:MATTA FAIR…Kementerian Pelancongan tahun ini mensasarkan 33 juta pelancong daripada seluruh dunia datang ke negara ini sempena MATTA Fair 2018 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata tumpuan utama adalah kepada pelancong dari China dan India kerana penduduk mereka yang ramai.

“Tahun ini, kementerian mensasarkan jumlah pendapatan daripada pelancongan sebanyak RM200 juta berbanding RM180 juta pada tahun lalu,” katanya pada majlis pelancaran MATTA Fair di PWTC, hari ini. Acara selama tiga hari itu bermula semalam.

Pada tahun ini, lebih 400 ruang pameran dibuka, membabitkan 250 syarikat tempatan dan luar negara, dengan sasaran nilai jualan mencecah RM210 juta. – MY WD

Read more:   http://wartadaily.com.my/matta-fair-2018/