Main content

Jangan Mudah Percaya Pakej Murah

 

Kuala Lumpur: Siasat dahulu latar belakang syarikat dan jangan terpedaya dengan pakej murah antara saranan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bagi mengelak orang ramai ditipu syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Phua Tai Neng berkata, kebanyakan kes tipu membabitkan pakej pelancongan dan umrah kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang tidak mendaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Beliau berkata, pihak berkenaan mengambil untung atas angin dengan pakej yang ditawarkan, malah ada antaranya menawarkan harga tidak masuk akal sekali gus menarik minat orang ramai untuk membelinya.

“Orang ramai seharusnya memeriksa dulu lesen mereka atau latar belakang syarikat berkenaan dalam mengendalikan pakej pelancongan atau umrah sama ada mempunyai masalah atau cemerlang dalam memberi perkhidmatan mereka.

“Kebiasaannya orang ramai yang menghadapi masalah itu apabila mereka membeli pakej daripada syarikat tidak berdaftar atau persendirian yang tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskannya,” katanya.

Reference : https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170107/282076276549170