MATTA Fair promosi Sabah sebagai destinasi pelancongan paling digemari
- Details
- Published on Wednesday, 27 February 2019 09:32
- Hits: 967
Utusan Borneo Sabah • ASR: MYR 666.00
KUALA LUMPUR: Sabah dipilih buat kali kedua sebagai Destinasi Paling Digemari di Malaysia pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dari 15 hingga 17 Mac.
Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman berkata 'Cuti-Cuti Tawau' akan diperkenalkan untuk memberi penekanan kepada pelancongan di Pantai Timur Sabah dengan sasaran empat juta pelancong tempatan dan antarabangsa.