- Details
-
Published on Tuesday, 18 September 2018 16:35
-
Hits: 2644
Bernama • Author: No Author Available • Section: News
SEREMBAN, 20 Sept (Bernama) -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Negeri Sembilan menyasarkan jualan pakej pelancongan bernilai RM7 juta pada MATTA Fair Negeri Sembilan 2018 yang akan berlangsung di Palm Mall Seremban di sini pada 5 hingga 7 Okt ini.
Pengerusi MATTA Negeri Sembilan, Mohd Azri Abd Razak berkata sebanyak 80 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar negeri Sembilan akan menyertai pameran selama tiga hari itu.
“Dijangka 50,000 orang akan mengunjungi pameran pelancongan tersebut. MATTA Fair Negeri Sembilan 2018 adalah pusat sehenti bagi pengusaha produk domestik serta agensi pelancongan untuk menawarkan pakej menarik pada harga yang berpatutan dan komprehensif dari seluruh negeri.
“Pada kali ini, MATTA Fair Negeri Sembilan 2018 akan lebih cenderung kepada promosi pakej dalam negeri dan memberi ruang pameran khas untuk promosi produk dan pakej domestik," katanya di sini, hari ini.
Katanya pempamer terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori A membabitkan agensi pelancongan, hotel, syarikat penerbangan, operator pelayaran kapal mewah, Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan (NTO), Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dan taman tema, manakala Kategori B membabitkan bank, kad perubatan, kad kredit dan syarikat telekomunikasi.....
Read more at http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1644249