MATTA - Pakej pelancongan murah tidak semestinya 'scam'
- Details
- Published on Monday, 10 September 2018 09:39
- Hits: 1321
Isabelle Leong, Astro Awani | September 10, 2018 08:13 MYT
KUALA LUMPUR: Pakej pelancongan yang murah tidak semestinya bermaksud ia adalah suatu penipuan, tegas Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.
Katanya, sepanjang berlangsungnya MATTA Fair, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menjalankan penyiasatan terhadap latar belakang setiap reruai yang mengambil bahagian dalam pameran pelancongan terbesar Malaysia itu, bagi memastikan ketulenan agensi yang ada di situ.
“Selain itu, pakej percutian yang ditawarkan di MATTA Fair, biasanya adalah hasil kerjasama syarikat penerbangan, hotel dan pengangkutan domestik serta luar negara.
"Mereka mampu mengurangkan harga kerana ia adalah tempoh promosi. Secara amnya, harganya adalah lebih rendah daripada harga biasa.
"Walaupun ia pada harga rendah, ia tidak bermakna mereka adalah suatu penipuan,” katanya sambil menjelaskan, syarikat pelancongan mempunyai lesen dengan tempoh yang berbeza-beza antara satu dan tiga tahun.
Tan turut menegaskan, pameran MATTA Fair tiada kaitan dengan syarikat pelancongan yang didakwa menjalankan sindiket penipuan percutian.
Tambahnya, transaksi berkaitan dengan penipuan itu tidak berlaku di MATTA Fair.
Source: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakej-pelancongan-murah-tidak-semestinya-scam-matta-185178