Pola perjalanan catat peningkatan sejak lima tahun lalu - Presiden MATTA
- Details
- Published on Friday, 30 March 2018 09:50
- Hits: 1427
Bernama(www.bernama.com)
GEORGE TOWN, 30 Mac (Bernama) -- Faktor ekonomi tidak akan menjejaskan pola perjalanan rakyat Malaysia, malahan ia telah menunjukkan peningkatan bagi perjalanan masuk dan keluar, kata Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang.
Beliau berkata sejak lima tahun yang lalu, peratusan pola perjalanan telah meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun.
"Walaupun persepsi ekonomi tidak berapa bagus tetapi rakyat Malaysia secara jujur suka melancong.Kalau tidak boleh pergi tempat yang jauh, mereka akan melancong ke destinasi domestik dan ASEAN."
"Pada pemeran MATTA ini, kita menyaksikan trend ke arah destinasi lebih murah seperti China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Jepun," kata beliau pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran MATTA Pulau Pinang oleh Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, di sini hari ini.
Beliau berkata ketika nilai ringgit Malaysia semakin kukuh, ia juga menunjukkan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.
"Kami juga gembira apabila mengetahui bahawa ramai pelancong dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia," kata