MATTA sasar jualan pakej pelancongan RM13.5j
- Details
- Published on Wednesday, 07 March 2018 10:31
- Hits: 1285
Utusan Malaysia (Johor), Malaysia
JOHOR BAHRU 6 Mac 2018 - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) negeri ini menyasarkan jualan pakej pelancongan sebanyak RM13.5 juta sempena ekspo pelancongan di Expo@Danga City Mall, di sini pada 6 hingga 8 April ini. Pengerusinya, Kathryn Lee Hwee Ching berkata, lebih 12,000 pengunjung dijangka mengunjungi ekspo berkenaan yang disertai 125 pempamer terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha resort, hotel dan taman tema.