Pelancong Malaysia ke Jepun naik 11.5 peratus
- Details
- Published on Friday, 23 February 2018 10:06
- Hits: 1920
Harian Metro, Malaysia • Bisnes
Jepun mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran pelancongan penting bersandarkan pertumbuhan jumlah pelancong dari Malaysia ke negara itu tahun lalu. Pengarah Eksekutif Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Pejabat Kuala Lumpur Chiemi Maruyama berkata, jumlah rakyat negara ini melancong ke negara matahari terbit itu meningkat sehingga 11.5 peratus atau 439,500 pelawat tahun lalu berbanding 394,268 tahun sebelumnya.