MATTA Sasar 120,000 Pengunjung
- Details
- Published on Monday, 11 September 2017 14:45
- Hits: 2608
Kuala Lumpur: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyasarkan lebih 120,000 pengunjung membanjiri pameran tiga hari itu dengan anggaran jumlah jualan keseluruhan mencecah RM220 juta.
Presiden MATTA, Datuk K L Tan berkata, acara yang memasuki edisi ke-44 itu, menampilkan 160 ejen pelancongan berlesen dan 1,314 gerai pempamer
di tujuh ruang pameran.
Beliau berkata, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pakej percutian sama ada domestik mahupun antarabangsa pada harga yang berpatutan.
“Pengguna sememangnya sangat menitikberatkkan harga dan pastinya pameran
ini memberi peluang keemasan buat mereka yang sedang mencari lokasi percutian impian pada harga berbaloi.
“MATTA Fair yang diadakan Mac lalu menerima 100,000 pengunjung dengan jumlah jualan keseluruhan adalah RM200 juta,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Majlis itu disempurnakan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.
Read More at https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/09/262012/matta-sasar-120000-pengunjung